hello hello hello.. :D
akhirnya jadi jugak aku nak buat biskut ni . . * act adik aku yg beria ria nak buat . . haha
da 3 hari kot tangguh buat biskut ni . . taktau la asal .
hari ni , buat jugak . . :)
nak kata aku buat sorang tak jugak . adik aku yg kluarkan smua barang2 dye . malas aku nak kluarkan . hehe
then yg mencampurkan smua bahan2 tu baru aku .
aku ni agak kurang yakin ckit dlm benda nak main agak2 ni .
mak aku pakar :)
tadi pon da tgok kertas (resepi) aku still nak tanya mak aku . :P
" mak , banyak ni kan ? "
" mak , ni cukup tak ? "
" mak , da kembang belom ni mak ? "
" mak , nak campur mana ke mana ni ? "
" mak , mcm kasar je benda ni "
hahaha . . resepi ada kat aku pon aku tanya mak aku lagi -,-"
lepas da siap tu bulat2 kan then letak kat dulang . .
masuk dlm oven , tunggu sat , kluarkan , biarkan sejuk then bole makan :D
bila da rasa tu , "eh sedap la ! " " sedapnyeeee ! " hahaha
teruja aku bila biskut aku menjadi . awww . bestnyee !
betol2 lepas da siap tu boy call .
nasib baik biskut tu da siap masak and da kemas smua tau . kalau tak memang taknak jawab call tu . haha
*bajet !
ni la gamba biskut tu . ada 1 je . cukup la kot .
BISKUT CHOCOLATE CHIP FAMOUS AMOS (HOME MADE)
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
Bahan-bahan ayak :
- 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
- 10 gm (3 tsp) serbuk koko
- 2 Tbsp tepung jagung
- 1/2 tsp soda bikarbonate
- 2 Tbsp susu tepung
- Secubit garam
Bahan-bahan lain :
- 250 gm mentega
- 150 gm gula kastor
- 1/2 tsp asen vanilla
- 1 biji kuning telur
- 100 gm (1/2 cawan) coklat chip
- 100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional
Cara-cara :
- Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
- Masukkan kuning telur dan pukul rata.
- Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
- Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
- Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
- Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
- Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
banyak resepi yg korang bole dapat kat link ni
cuba la . senang2 je cara dia .
selamat mencuba :)
p/s : iheartdany

OKAY,nanti i nak try :) thanks bagi resepi,heee
ReplyDeleteein buatkan kita!=p
ReplyDeletenad , try la. confirm jadi and sodaappp :)
ReplyDeletekak ascil , ein da buat da tp nak bg camne? hehe
amboi..hahha..ain nk skit!!!
ReplyDelete