biskut chocolate chip famous amos (home made)

hello hello hello.. :D
akhirnya jadi jugak aku nak buat biskut ni . . * act adik aku yg beria ria nak buat . . haha
da 3 hari kot tangguh buat biskut ni . . taktau la asal . 
hari ni , buat jugak . . :)
nak kata aku buat sorang tak jugak .  adik aku yg kluarkan smua barang2 dye . malas aku nak kluarkan . hehe
then yg mencampurkan smua bahan2 tu baru aku . 
aku ni agak kurang yakin ckit dlm benda nak main agak2 ni . 
mak aku pakar :)
tadi pon da tgok kertas (resepi)  aku still nak tanya mak aku . :P
" mak , banyak ni kan ? "
" mak , ni cukup tak ? "
" mak , da kembang belom ni mak ? "
" mak , nak campur mana ke mana ni ? "
" mak , mcm kasar je benda ni "
hahaha . . resepi ada kat aku pon aku tanya mak aku lagi -,-"
lepas da siap tu bulat2 kan then letak kat dulang . .
masuk dlm oven , tunggu sat , kluarkan , biarkan sejuk then bole makan :D
bila da rasa tu , "eh sedap la ! "  " sedapnyeeee ! " hahaha
teruja aku bila biskut aku menjadi . awww . bestnyee !
betol2 lepas da siap tu boy call . 
nasib baik biskut tu da siap masak and da kemas smua tau . kalau tak memang taknak jawab call  tu . haha
*bajet !
ni la gamba biskut tu . ada 1 je . cukup la kot .




BISKUT CHOCOLATE CHIP FAMOUS AMOS (HOME MADE)
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

Bahan-bahan ayak :
  • 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
  • 10 gm (3 tsp) serbuk koko
  • 2 Tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp soda bikarbonate
  • 2 Tbsp susu tepung
  • Secubit garam

Bahan-bahan lain :
  • 250 gm mentega
  • 150 gm gula kastor
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 100 gm (1/2 cawan) coklat chip
  • 100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional


Cara-cara :
  1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
  3. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
  4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
  5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan.  Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
  6. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
  7. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
banyak resepi yg korang bole dapat kat link ni
cuba la . senang2 je cara dia .
selamat mencuba :)







p/s : iheartdany


ainein : iklas dari lubuk hati yg paling dalam, sedalam dalamya :)

4 comments:

  1. OKAY,nanti i nak try :) thanks bagi resepi,heee

    ReplyDelete
  2. nad , try la. confirm jadi and sodaappp :)
    kak ascil , ein da buat da tp nak bg camne? hehe

    ReplyDelete